4 KUNCI UTAMA BISNES BERJAYA
Pada awalnya kita menceburi perniagaan kerana terdesak, ianya tetap penting untuk kita ada hala tuju dan matlamat yang nyata sebelum menubuhkan pernigaan tersebut. Hala tuju sangat penting untuk bantu kita lakukan perancangan yang terbaik untuk urus takbir bisnes.
Konsisten/istiqamah adalah kunci merupakan asas penting dalam bisnes. Tambahan pula, apa yang anda lakukan secara kosisten dapat bantu kita lebih mahir dengan apa yang kita lakukan. Ianya pasti memudahkan urusan kita sepanjang menjalankan bisnes tersebut.
3.Dapatkan Ilmu Dari Pelbagai Sumber
Ilmu merupakan isu sangat penting untuk bantu kita upgrade diri. Banyakkan membaca dan sertai program-program aktiviti yang boleh bantu tingkatkan ilmu berkaitan bisnes. Kita juga boleh belajar dari perjalanan usahawan-usahawan yang telah berjaya untuk lihat bagaimana mereka menjalani proses ini dalam bisnes.
4. Sentiasa Utamakan Pelanggan
Pastikan kita sentiasa faham berkaitan kehendak pelanggan. Jangan sesekali melihat sesuatu dari sudut pandangan kita sahaja. Sentiasa lihat dari sudut pandangan pelanggan dan cuba memahami permintaan pelanggan dan kepuasan pelanggan sangat diperlukan untuk bina bisnes kita.
“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.
“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.