Mobirise Mobirise v4.4.0
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
10 Keunikan Pelan Pemasaran dan Platform TDC
 
1️⃣ TIADA Yuran Keahlian
TDC tidak buat kerja mengarut. Satu ketika dahulu memang TDC mengarut juga sebelum kami usaha keras tangkis dan tapis ke arah Pematuhan Shariah. Proses Pematuhan Shariah ini menapis keluar benda-benda mengarut diganti dengan perkara yang usaha meraikan redha Allah. Kami tidak kutip duit yuran ahli pusing bonus. Produk tiada, ahli bayar sahaja, leader kutip duit atas duit.
Kami tidak juga paksa ahli wajib bayar duit yuran tanpa dapat apa-apa melainkan kertas iklan atau buku atau booklet mengarut yang hakikatnya hanya iklan untuk syarikat bukan manfaat buat ahli. Cara berniaga TDC mudah, bayar untuk beli produk. Itu cara muamalat satu dunia. Pergi ke pasaraya beli barang, bayar dapat barang bukan dapat borang atau kertas kosong yang dicetak tulisan baucer dan lain-lain. 
 
2️⃣ TIDAK menjadikan PANGKAT penentu pendapatan
Di TDC, Pangkat Pemimpin kami seperti Platinum Director, Ruby Director, Diamond Director, Diamond Ambassodar sebenarnya hanya berkaitan dengan Hadiah dan Anugerah. Tidak bermakna anda tidak capai sesuatu pangkat maka pendapatan dan peratusan bonus Anda akan berkurangan.
Sistem Pangkat menentukan pendapatan hanya kayakan pemilik syarikat dan orang atas. Orang tidak capai pangkat tinggi, maka pendapatan mereka dikurangkan 10% malah sehingga 100%. Bonus tidak dibayar itu tidak letak di bonus tertunggak, tetapi langsung “burn” dan “flush”, masuk poket pemilik dan orang atas. Malah ada yang lakukan daily, weekly dan monthly flushing bonus, pangkat dan peratusan pendapatan ahli. Di TDC, kami tidak lakukan sedemikian. Pangkat yang rendah pun manpu capai bonus lebih besar, dan tiada “flushing” bonus sebab tidak capai pangkat atau syarat.
 
3️⃣ TIADA pemaksaan dalam pemilihan Pakej Keahlian
Beli sekotak dan daftar sebagai Consumer, Anda sudah boleh bermula berniaga di TDC. Walaupun namanya Consumer, namun Anda bukan sahaja dapat produk bernilai RM150-180, tetapi juga peluang mula menjana pendapatan.
Bonus Jualan Peribadi sebesar 25%.
Bonus Pasukan maksimun RM100 sehari atau RM3,000 sebulan.
Semua tu hanya dengan modal RM150.00.
Mahu Bonus Pasukan lebih besar sehingga RM5,000 sehari?
Mahu extra hadiah seperti Penukaran Reward Point dan Pelancongan dan Pangkat Pemimpin? Anda bebas untuk menaiktaraf pakej dengan lakukan pembelian Pakej Platinum. Tanpa had tempoh waktu, tanpa paksaan, hanya dorongan dan galakkan.
 
4️⃣ TIADA gimik dan wayang
Di TDC, kami mengajar ahli kita pijak di tanah yang nyata. Tiada paksaan untuk potong bonus masuk ke tabung kereta atau rumah atau taman sekebun bunga. Kami mendidik ahli kami fokus selesai dahulu hutang sedia ada sebelum tambah hutang. Kami sediakan perkhidmatan bayar bill api air dan lain-lain melalui bonus. Kami sediakan produk percuma bagi ahli yang capai bonus RM1,000 sebulan.
Kami tidak banyak wayang. Kami ajar ahli kami naik Axia Saga Kancil Motor pun tidak mengapa, sebab fokus kami nak bantu mereka bebas hutang.
Kereta paling mewah adalah kereta tanpa hutang.
Rumah paling bahagia adalah rumah bebas hutang.
 
5️⃣ Bonus di TDC mudah.
Bonus Jualan Peribadi yang tercapai saat kami mula menjual dan rekrut ahli baru;
Bonus Pasukan yang tercapai saat kami mula membina pasukan jualan bermula dengan 2 pasukan sahaja. Tiada gimik seribu bonus namun yang capai sebenarnya hanya sebahagian kecil. Tiada potongan sampai sepuluh lapis yang hakikatnya orang atas habis menapis.
Anda jual, anda dapat. Anda bina, anda menikmati. Apa guna ada seribu bonus namun hakikatnya nak capai 2 pun susah?
Dan apa gunanya bonus sampai 80% diberikan tetapi yang mudah dapat itu hanya dialokasikan 5%, lain tu semua letak pada penghujungnya yang pemilik dan orang atas sapu semuanya?
TDC mahu bina platform mampu buat, mampu nikmat, mampu berjaya walaupun Anda kosong ilmu perniagaan.
Bonus Jualan Peribadi.
Bonus Pasukan.
Ringkas, Mudah difahami.
Makcik Pakcik malah Buta Huruf mampu lakukan, dan memang terbukti B40 pun mampu jadi T20 di TDC dengan melebihi RM170juta bonus diagihkan sejak Tahun 2016.
 
6️⃣ Bonus HARIAN
TDC menawarkan bonus harian yang betul-betul harian. Buka sahaja waktu pejabat, terus setiap hari pejabat akan lakukan transaksi bonus kepada semua ahli yang mencapai minima RM30 bonus. 100 orang capai hari tu, 100 orang dibayar. 10,000 yang capai, 10,000 dibayar. Tiada penangguhan.
Sebab TDC menjunjung prinsip muamalat yang asas, dan betul-betul ingin peniaga yang bersama kami merasai mereka seorang peniaga, bukan seorang pekerja makan gaji. Makan gaji memang rata-rata gaji bulanan, kalau sesetengah gaji mingguan. Tetapi beza dengan perniagaan. Ianya seharusnya harian jika boleh. Dan itulah yang TDC lakukan.
Cukup RM30, waktu pejabat, TDC terus masukkan ke akaun bank. Dan kami telah lakukan sejak Tahun 2016 lagi. Tiada gimik, tiada wayang. Tiada tukar ke coin ke share ke fund ke tabung ke apa pun. Terus masuk ke akaun bank. Solid Ringgit Malaysia, terus sudah boleh belanja selepas ambil dari Mesin ATM seluruh Malaysia.
 
7️⃣ Pembelian Ulangan yang TINGGI
Produk bagus atau tidak melihat pada pembelian ulangannya. Di TDC, Pembelian Ulangan syarikat merangkumi hampir 50% Jualan Syarikat walaupun semasa kemelesetan ekonomi atau pandemik. Ianya menandakan:
1. Produk TDC berkualiti
2. Produk TDC memberikan perubahan kebaikan kesihatan
3. Produk TDC laku dijual
4. Produk TDC memberikan keuntungan
5. Produk TDC diterima ramai
6. Produk TDC kalis kemelesetan ekonomi
Produk Berkelas Dunia dengan pelbagai Pengiktirafan terutamanya Halal, dengan pelbagai anugerah dalam dan luar negara merupakan keutamaan TDC. Sehebat mana pelan pemasaran tiada gunanya jika produk tidak menjadi. Gandingan kehebatan Pelan Pemasaran dan Produk harus seiringan untuk kelestarian dan kelangsungan syarikat.
 
8️⃣ SENTIASA MENAMBAHBAIK
TDC sentiasa mendapatkan pendapat dan pandagan dari pengguna, pengedar dan juga pakar-pakar dalam memperkembangkan perniagaan. Daripada maklumbalas pelanggan, sehinggan nasihat pakar Muamalat, penasihat Shariah, pakar kewangan, guru perniagaan. Kami menerima teguran, dan sentiasa menambahbaik diri walaupun kami sudah melebihi 6 tahun di pasaran. Kami mendukung prinsip terus belajar, terus menambahbaikan, terus memperbaiki dan terus mengejar kesempurnaan. Kami ingin belajar dan terus belajar dengan seramai yang mungkin, serta berjaya bersama seramai yang mungkin.
 
9️⃣ Komitmen Pemilik
Pemilik sangat penting dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi.
Ianya bukan sekadar hala tuju kejayaan di dunia. Tetapi juga akhirat.
Sebagai seorang yang percaya bahawa kewujudan Tuhan, ianya amat mustahak untuk memahami bahawa setiap yang kami lakukan di dunia bakal dinilai kelak di akhirat.
Tanpa Visi dan Misi yang ingin mendapat redha dan penerimaan Pencipta tetapi semata-mata untuk hiburan dan kejayaan di dunia sahaja, ianya tidak lengkap untuk kami sebagai seorang peniaga.
Komitmen Pemilik sangat penting. Dan sejauh mana seorang pemilik menbawa kakitangan, pengedar, pengguna dan semua ahli amat mustahak terutamanya bagi seorang yang beriman pada Tuhan.
 
🔟 KONSEP dan PELAKSANAAN
Konsep dan pelaksanaan adalah penting dalam menentukan hala tuju seseorang ahli yang menyertainya. Di TDC, kami laksanakan konsep yang kami bawa. Konsep kami adalah Membina Legasi di Dunia dan Istana di Syurga. Dan kami laksanakan.
Melebihi RM12juta infaq, zakat, sumbangan, sedekah dan bantuan secara tunai dihulurkan sejak tahun 2016 kepada Kelestarian, Kebajikan, Keagamaan, Kemanusian dan Pendidikan. Kami mengejar bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi juga akhirat. Dan kami niatkan setiap sumbangan ini ada bahagian buat semua ahli yang mendukung kami.
 
Catitan Daripada,
Hafiz Hiew
Penjual Tepi Jalan Atas Talian TDC

 

 4 KUNCI UTAMA PENTING BINA BISNES BERJAYA

1.Tetapkan Hala Tuju dan Target dalam Perniagaan

Pada awalnya kita menceburi perniagaan kerana terdesak, ianya tetap penting untuk kita ada hala tuju dan matlamat yang nyata sebelum menubuhkan pernigaan tersebut. Hala tuju sangat penting untuk bantu kita lakukan perancangan yang terbaik untuk urus takbir bisnes. 

2.Lakukan Perniagaan secara konsisten/istiqamah

Konsisten/istiqamah adalah kunci merupakan asas penting dalam bisnes. Tambahan pula, apa yang anda lakukan secara kosisten dapat bantu kita lebih mahir dengan apa yang kita lakukan. Ianya pasti memudahkan urusan kita sepanjang menjalankan bisnes tersebut.

3.Dapatkan Ilmu Dari Pelbagai Sumber

Ilmu merupakan isu sangat penting untuk bantu kita upgrade diri. Banyakkan membaca dan sertai program-program aktiviti yang boleh bantu tingkatkan ilmu berkaitan bisnes. Kita juga boleh belajar dari perjalanan usahawan-usahawan yang telah berjaya untuk lihat bagaimana mereka menjalani proses ini dalam bisnes.

4. Sentiasa Utamakan Pelanggan

Pastikan kita sentiasa faham berkaitan kehendak pelanggan. Jangan sesekali melihat sesuatu dari sudut pandangan kita sahaja. Sentiasa lihat dari sudut pandangan pelanggan  dan cuba memahami permintaan pelanggan dan kepuasan pelanggan sangat diperlukan untuk bina bisnes kita. 

 

“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.

“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.

 

10 Tips Untuk Berjaya Dalam Bisnes

1. Buat. Buat. Buat.

Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.

2. Fokus
Banyak bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, tetapi idea terlalu banyak. Buat keputusan bisnes apa nak buat, kemudian tumpukan kepada bisnes tersebut.

3. Usah berhenti belajar
Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.

4. Fokus kepada bisnes kita
Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.

5. Usah harap orang lain tolong bisnes kita
Kita usahawan, buat sendiri. Usahawan usah ada minda peminta sedekah.

6. Jangan putus semangat
Elakkan mudah rasa kecewa dan putus semangat. Dalam bisnes, ada masa naik, ada masa turun. Bawa bertenang.

7. Fokus kepada penyelesaian
Semua bisnes ada masalah. Ada orang gunakan istilah cabaran. Apa pun, usah fokus kepada masalah. Cari penyelesaian. Di penghujung terowong yang gelap, ada cahaya.

8. Terus belajar
Belajar dari sesiapa sahaja, namun akhir sekali buat keputusan sendiri. Usahawan mesti berani mencanggahi sesiapa sahaja, termasuklah apa yang dikatakan mentor dan sifu itu.

9. Berhenti salahkan orang lain
Orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

10. Buktikan dengan hasil
Sekiranya setiap kali anjing menyalak kita berhenti, maka lambatlah sampai ke destinasi. Biarkanlah suara sumbang memperlekeh apa yang kita lakukan. Kita jalan terus. Buktikan dia salah bukan dengan cakap-cakap, tetapi dengan menunjukkan hasil kejayaan.

 

 

 

Hubungi Kami

Nama : Cikgu Zuki (Info)
Phone : 0163283890
Email : Peluangjutawan@gmail.com

Ahli Terkini


 Salidah rich global :: Thu,01,Feb,2024

 Nasarudin :: Tue,28,Nov,2023

 AZHAR BIN OMAR :: Tue,28,Nov,2023

 NORMAH BINTI MOHD NOOR :: Tue,28,Nov,2023

 SYED BASARUDIN BIN SYED MOHAMED :: Tue,28,Nov,2023

 NOOR RIZAM BINTI JAAFAR :: Tue,28,Nov,2023

 Jasmine :: Tue,21,Nov,2023

 nur salina binti salihin :: Thu,16,Nov,2023

 NUR IWANIE :: Mon,18,Sep,2023

 Nor Azizah Mohamed :: Mon,18,Sep,2023

 SAIRI YAAKOB :: Mon,18,Sep,2023

 Mohd Sofian bin Abu Hassan :: Sun,10,Sep,2023

 YAZID BIN MOHD SAID :: Tue,05,Sep,2023

 Master Agent :: Wed,19,Jul,2023

 WAN ISMAIL BIN WAN JOBLI :: Sun,25,Jun,2023

 Yeni Marlina :: Wed,21,Jun,2023

 Mariam Md Radyi :: Wed,21,Jun,2023

 AZIZAH BINTI ARIFFIN :: Wed,14,Jun,2023

 ADZHAR BIN AMIR :: Wed,14,Jun,2023

 Wan Keah bt Wan AbasTerengganu :: Tue,30,May,2023